Assalamualaikum..
Masih teringat dikala aku waktu kecil, masih terdengar kata2 orang2 tua kepada anak perempuannya " Tutup rambut kepala tu,,esok2 nanti kat akhirat kena gantung rambut kena bakar"
Ini bersandarkan gambaran seksaan dalam peristiwa Isra' dan Mikraj seperti yang disandarkan kepada riwayat Ibnu Abbas iaitu;
"Wanita yang digantungkan rambut mereka dan mengelegak otak2 mereka seperti menggelegaknya air dalm kuali yang sedang mendidih diatas dapur" . Kata Jibril apabila ditanya Nabi Muhammad s.a.w setelah melihat keadaan itu, " Mereka ialah wanita2 yang tidak menutup rambut2 mereka daripada pandangan lelaki ajnabi (bukan muhrim) dengannya "
Namun, dikala ini, wanita2 sudah lupa hakikat sebenar menutup aurat bukan sekadar menutup rambut, malah lebih daripada itu bersandarkan firman Allah surah Annur-31;
Maka, mari lah kaum wanita untuk memastikan kita ini benar2 menutup aurat seperti yang dikehendaki Allah swt.
(ehsan FB Kamal)
KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
(dari web http://www.hanan.com.my/print.php?sid=1881)
Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam)
(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ."
(Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
Laman web menarik tentang issue ini: http://www.mykhilafah.com/fikih-muslimah/1273
No comments:
Post a Comment