Thursday, February 17, 2011

Maulidur Rasul 1432h

Salam ukhwah saudara saudari...12 RabiulAwal kembali lagi....Namun adakah kita jadikan ia sebagai hanya cuti umum dan masa untuk berehat, atau masa untuk shopping, atau masa untuk berjalan-jalan....Saban tahun kita mengulangi perkara yang sama, bangun pagi..tengok TV,,ooh ada live perarakan Maulidur  Rasul ,,dan kita dirumah sambil baring2 ,sambil makan2, atau menghabiskan masa untuk tidur sahaja...

Mari kita buat sedikit perubahan untuk hari tersebut dan saya mengajak anda semua untuk sama2 menghayati dan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w , walaupun nampak ringan, walaupun nampak sedikit, walaupun nampak remeh,,,tapi biarlah hati kita masih lagi ada ingatan kepada Rasulullah yang kita sayangi ..

  • Saya mengajak saudara semua mulakan pagi dengan membaca kitab bersama-sama ahli keluarga, Syamail Muhammad S.A.W-keperibadian Rasulullah- Buku Karangan Imam al-Tarmizi , yang melibatkan 5 aspek kehidupan baginda - Fizikal, Perilaku, Ibadah, Perhubungan/Akhlak,Penghidupan.

  •  Setelah membaca hadis2 nabi dari kitab ini, mari kita amalkan bab makan yang semua orang suka..Mari kita makan makanan kegemaran Rasulullah iaitu Roti gandum dan Labu bersandarkan pada rujukan hadis2.dis.
Aisyah r.a meriwayatkan;
Maksudnya "Rasulullah s.a.w tidak pernah memakan roti gandum hingga kenyang selama dua hari berturut2 hingga beliau wafat"    -Riwayat Tirmidzi,Bukhari,Muslim,Ibnu Majah


Mengikut para sahabat, cara membuat Roti gandum itu- tepung gandum+air dan diuli, ditabur atasnya rempah dan minyak zaitun.
  • Anas bin Malik r.a meriwayatkan, "Rasulullah s.a.w adalah seorang yang menyukai buah labu.Maka setiap kali dijamu makanan atau diundang dalam jamuan makan, saya selalu mengikuti dan menjamu buah labu dihadapan beliau kerana saya tahu bahawa beliau menyukainya" 
                                                                                           -Riwayat Ahmad,Darimi,Nasa'i,Abu Dawud




Sebagai mendapatkan semangat sunnah Nabi, labu ini dimasak dijadikan ala2 sup  gitu,,dan sangat sedap..





dan akhirnya terhasillah...






rati gandum...dimodify dengan top-up atas tomato puree dan ditabur daging burger ayam...memang sodap apabila dicicah dengan kari daging..Alhamdulillah

  • Umar bin Khattab r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda "Makanlah minyak zaitun dan manfaatkan lah sebagai minyak.Sungguh, minyak zaitun berasal dari tumbuhan yang diberkahi"                                                                -Riwayat Tirmidzi & Bukhari


  • Aisyah r.a meriwayatkan " Rasulullah menyukai manis-manisan dan madu" - Riwayat Tirmidzi,Muslim,Abu Dawud & Ibnu Majah

Inilah salah satu makanan Nabi dan kita menikmatinya diwaktu Maulidur Rasul sambil mengamalkan sunnah2 Rasulullah.




  • Anas bin Malik r.a meriwayatkan " Rasulullah s.a.w tidak pernah makan diatas meja makan dan tidak pula menggunakan piring kecil. Beliau tidak pernah dijamu roti yang dihaluskan. Yunus (salah seorang periwayat hadis ini) berkata "Saya bertanya kepada Qatadah, "Lalu dimanakah mereka makan?", Ia menjwab "Diatas sufrah2 (kulit atau kain yang dihamparkan) semacam ini".  
                                                                                 -Riwayat Ahmad,Darimi,Nasa'i ,Abu Dawud 

No comments:

Post a Comment