Syukur itu dibahagi kepada 3;
- Syukur dengan lisan
- Syukur dengan anggota badan
- Syukur dengan mengeluarkan harta kita untuk jalan Allah
SYUKUR HARIAN
- Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu kerana Engkau telah menjadikan Aku orang yang beriman, orang Islam dan bukan orang Kafir.
- Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu kerana Engkau telah menjadikan aku umat Nabi Muhammad s.a.w
- Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu kerana Engkau telah menutupi dan merahsiakan segala dosa-dosaku selama ini.
- Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu kerana Engkau telah menjadikan rezeki ku tidak dikuasai oleh orang lain.
NIAT HARIAN
- Sahaja aku hari ini tidak akan zalim
- Sahaja aku hari ini akan menolong orang yang mazlum (teraniaya)
- Sahaja aku hari ini akan menyempurnakan hajat saudara sesama Islam
- Lillahita'ala La haula wala quwwatailla billahil 'aliyyil 'azim
Sekiranya kita telah terlupa selama ini, tukarkan syukur harian kepada;
Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu hari ini dan selama ......(kira umur sejak baligh) kerana Engkau telah menjadikan Aku orang yang beriman, orang Islam dan bukan orang Kafir.
No comments:
Post a Comment